SAYANG SCARLET


JUALAN SAMBIL BERAMAL. 

SESEN PUN KAMI TIDAK AMBIK UNTUK KEUNTUNGAN KAMI. 

BARU. OFFER!! 
cuma RM18.00 SEM / RM20.00SS - pos daftar percuma


=======================

Sayang Scarlet 
Genre : Thriller, misteri 
Penulis: Saodah Lasim 
Halaman: 416 

HARGA ASAL: RM24 (SM), RM27 (S/S)
Tambah: Poslaju RM6 (SM), RM10 (S/S)

Sinopsis cerita ;


Sayang Scarlet ialah sebuah kisah cinta yang melibatkan 2 orang bloggers iaitu Scarlet dan Dragonfly. Semuanya berjalan seperti yang dirancang hinggalah pada satu hari, teman lelaki Scarlet hilang tanpa kesan disusuli pula dengan kemalangan yang menimpa kakak kembar Scarlet. Dua kejadian tersebut membuatkan jiwa Scarlet menjadi parah. Adakah Scarlet dan Dragonfly dapat bertemu semula? Adakah mereka ada jodoh untuk berkahwin?


Sinopsis di back cover novel: 
Kadang-kadang, kita sudah menjalani hidup kita dengan sebaik-baiknya. Kita tak kacau orang, kita tak cari pasal, kita selalu buat yang terbaik, kita pun bukannya orang yang busy body. Tetapi adakalanya kita tersalah pilih. Nak pilih ini atau nak pilih itu? Pilihan yang salah membuatkan kita berada di tempat yang salah, pada masa yang salah, berhadapan dengan sesuatu yang tidak betul. Pendek kata, semua salah. Benarlah kata orang, hidup ini, terlalu banyak dugaan. ---- "Intan Syakila, kalau engkau dah tertak sengaja suka kat seseorang, apa yang kau akan buat?" Intan Syakila mengajukan soalan kepada dirinya sendiri. ---- "Ya Allah, kenapa anak si Rahimah tu? Berlari macam kena kejar dek hantu..." ---- "Manalah aku tahu! Engkau polis, engkaulah siasat!" Dengan sombong Pak Deris mematahkan pertanyaan Inspektor Murad.


===============================================================

Reviews:-
1. Marr Najib, best ceritanya. seram. suspen.syahdu. happy. sedih. semua ada. 



2. Ash, dari satu bab ke satu bab memang excited nak baca. menimbulkan rasa cemas, ngeri dan jugak ghairah. memang best. 


3. Ayman, bagi penggemar genre thriller anda harus dptkannya, penulis bijak mengadunkan plot cerita, pada awalnya saya menyangkakan naskah ini bergenre thriller seram tapi bila sampai ke hujung ia adalah sebuah naskah bertemakan thriller psiko, nyata sy tertipu dgn kebijaksanaan penulis mengolah cerita, tahniah buat penulis. Sebuah naskah yg baik dan boleh dimiliki 4. Nurdiyanah, bahagian prolog memainkan peranan utama kerana berjaya menarik minat saya di awal pembacaan. Bermula je konflik watak utama, konflik sampingan pun muncul daripada watak-watak sampingan. Fuhhh!!! Masa ni berdebar, tak percaya, eh semua perasaan adalah! Rasa tak boleh berhenti membaca. Mula-mula saya ingatkan saya boleh teka apa yang bakal jadi seterusnya, tetapi sangkaan saya meleset sama sekali. Ternyata plot cerita Sayang Scarlet lain daripada yang lain. Satu demi satu cebisan misteri dihuraikan dengan baik oleh penulis. Perlahan-lahan pembaca akan nampak jalan ceritanya ke mana dan hubungkait antara watak utama dan watak sampingan. Saya suka bila watak utama menghadapi konflik yang hebat dan dalam novel ini, watak utamanya juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Sesuatu yang bagi saya keluar daripada kebiasaan untuk watak utama yang selalunya nampak 'sempurna' di mata pembaca


BERMINAT SILA.. email : mybizsantaishop@gmail.com 

atau  WA 010-4398892 

No comments:

Post a Comment