Gigolo










ADA 2 NASKAH SAHAJA


LIMITED EDITION.
SERIUS BUYER SHJ.

HARG RM65.00 SEM / RM70 SS [termasuk poslaju]

GIG~ PROLOG (Sila bertenang ye)

DIA mengertap bibirnya rapat-rapat, separuh jiwanya hancur menjadi puing-puing yang tidak mampu untuk dicantumkan kembali.
Absurd!
Jiwanya tidak punya corak yang jelas, kabur dan bersimpang siur.
Lelaki itu menarik tangannya. Dia membiarkan genggaman lelaki itu bertaut erat dengan sela jarinya. Dia inginkan sejalur kekuatan untuk sedikit bertahan dari rebah menyembah takdir. Dia ingin agar apa yang dilihatnya adalah satu mimpi yang kejam, dan bila ia sedar kembali lelaki yang dilihatnya itu akan tetap dengan keangkuhannya. Dia lebih suka begitu dari menemui kebenaran sepahit ini.
“Kita balik.”
Lelaki itu menarik tangannya, namun kakinya terasa terlalu longlai untuk berpijak. Dia benar-benar telah kehilangan kekuatan...
Tubuhnya disambut lalu dipeluk dengan erat. Dia tidak lagi mampu untuk menangis kerana air matanya tidak lagi semurah dahulu.
“Bawa saya pergi... bawalah ke mana pun asalkan saya takkan jumpa dia.”
Lelaki itu memapahnya, membawanya ke kereta lalu ia beredar dengan laju meninggalkan banglo tersebut.


======================

sikitttttt teaser utk GIGOLO .ini utk teaser je..

GIGOLO ~ SUTERA HATI
Razif tergesa-gesa bangun.
“You nak ke mana sayang, takkan nak tinggalkan i macam ni je?”
“Sayang... bukan macam tu. I kena balik malam ni.”
“Habis I?”
Datin Elysa mencemikkan wajahnya kerana tidak puas hati.
Razif tetap juga bangun lalu menyarungkan kembali pakaiannya satu persatu. Katil yang menjadi medan tempur mereka berantakan gara-gara aksi liar Razif dan Datin Elysa.
Pap!
Lengan Razif di paut dengan erat.
“You tak boleh tinggalkan I Razif. Malam ni you kena tidur sini, dengan I!”
Datin Elysa membentak marah. Razif tidak menjawab, sebaliknya...
Cup! Pipi Datin Elysa dikucupnya lembut. Kucupan itu beralih pula ke bibir wanita itu dan tangannya membelai rambut Datin Elysa.
“I kena balik sayang... proposal yang dato nak tu belum siap lagi. Esok I kena present dalam meeting.”
“Eh kan dato kat Jakarta?”
“Well, ini zaman ITlah sayang. Dunia tanpa sempadan.”
Datin Elysa merungut kecil. Dia menghela nafas lalu kemudiannya menguak selimut dan bangun tanpa seurat benang pun.
Razif tersenyum melihat aksi wanita itu. Ulahnya cukup difahami. Namun Razif tetap tenang membutangkan kembali kemejanya. Pakaian rasminya sebagai pengacara majlis petang tadi belum sempat ditukar. Sebaik sahaja menghantar dato ke lapangan terbang, dia terus sahaja menemani Datin Elysa pulang.
Wajah kecewa Datin Elysa tidak mampu disembunyikan.
“Huh! jangan kata you nak mengulit pompuan bau kari tu.”
“Stop it Elysa!”
Suasana tiba-tiba menjadi hening bila Razif tinggi suara. Wajah Datin Elysa berubah serta-merta.
“You jugak yang kata dia tu busuk!”
“Look... hanya I sahaja boleh kutuk dia... bukan you dan bukan sesiapa. Copy that!”
Datin Elysa tiba-tiba menjadi cengeng. Rasa cemburunya bergelora. Dia bukan wanita biasa-biasa untuk begitu bodoh memahami gerak laku Razif.
“Zif... i’m sorry.”
Datin Elysa berlembut. Pengalamannya menjadikan kematangannya seiring dengan usia. Marah tidak akan mendatangkan keuntungan kepada sesiapapun.
Razif angguk, lalu beredar meninggalkan wanita itu.



Jika berminat utk mendapat naskah ini sila..

 email : mybizsantaishop@gmail.com
atau
WhatsApp 010-4398892

atau 

No comments:

Post a Comment