TAKKAN KU LEPASKAN DIA


PRE ORDER SEHINGGA 5 FEB 2016 sahaja
penghantaran hujung feb 2016

LIMITED EDITION 
RM37.00 SM / RM41.00 SS
Termasuk poslaju

===========================
berminat utk order 
terus buat bayaran ke salah 1 acc dibwh:-
CIMB 12170003733207
MAYBANK 512343655328 
Norshahidah abdul wahap
Lepas byran dibuat, sila  email: mybizsantaishop@gmail.com atau wasap 010-4398892.....
bukti bayaran
nama
alamat
no telefon
=============================

sinopsis

SEKSA menjadi isteri VAT69 Komando. Seksa, seksa, seksa! Di mana suaminya? Di mana Sam Elit Hitam berada? Sudah tiga hari Erin tidak dengar berita. Panggilan telefon Erin tidak dijawabnya. SMS, Whatsapp... haram. Semasa bercinta dahulu, semasa Sam asyik mengejar dia, bukan main lagi Sam menunjuk keprihatinannya. Cepat sahaja Sam menjawab segala-galanya. Kalau Erin mengadu sakit dada, berdesup Sam datang hendak membawa Erin ke hospital. Erin rindu sahaja. Bukannya apa. Alah... dia tahu Sam pun rindu. Namun, bengang jugalah dia bila Sam tidak mahu berkompromi langsung dan terus memaksa dia pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan! Selagi Erin tidak pergi, selagi itu Erin kena tadah telinga mendengar leteran Sam yang di akhir ayat, pasti Sam akan berkata, "abang marah sayang bukan sebab abang dah tak suka. Abang marah sebab terlalu sayang. Terlalu cinta. Tak tahan abang tengok sayang sakit. Selagi abang tak tahu sayang okey, selagi tu hati abang tak tenteram."
Macam itu punya ayat, manalah Erin tidak cair! 
Namun, selepas jadi suami, lain pula jadinya. Kasih, sayang, cinta berahi Sam Elit Hitam masih sama. Tetap membara. Semakin lama semakin mengasyikkan Erin dengan gaya posisi baru yang entah dari mana dipelajarinya. Namun, hal kerja dia janganlah sentuh. Jangannnn... tidak bolehhh... . Jangan tanya apa-apa bila tengok dia mengemas lain macam sahaja kelengkapan kerjanya. Kalau hendak rasa sakit hati, bukalah mulut bertanya. Haram dijawabnya. Ditunjuk hati keringnya. Dikunci mulutnya dan berkelakuan seolah-olah Erin tidak bertanya apa-apa. Kadang-kadang Erin berasa macam dia tidak wujud langsung bila Sam buat hati keringnya. Mujur ada Aziah. Mujur ada PERKEP. Mujur Erin tahu Sam setia dan sangat mencintainya. Hanya doa yang Erin mampu panjatkan ke hadrat Allah agar sentiasa melindungi suaminya dari segala bala. Agar Allah sentiasa menjaga Sam. Jangan benarkan Sam berasa susah, sedih, lapar atau terseksa walau sesaat pun, ya Allah! Jangan!
Petang itu usai mengerjakan solat asar, Erin ke dapur. Teringin hendak buat kuih keria. Kuih kegemaran Sam. Kata Sam, kuih keria yang emaknya dan yang Erin masaklah yang tidak boleh ditandingi keenakannya oleh sesiapa. Tersenyum-senyum Erin semasa melenyek ubi keledek yang sudah direbus. Telinganya pula menghayati lirik lagu Rindu Serindunya, nyanyian Along Spoon. Lagu kegemaran Sam. Lagu itu, bahagian korusnya sahaja yang Erin suka. Lirik penuh tidak kena pada kehidupan dan perasaannya.
"Rinduuu... uuu... rindu serindu-rindunyaaa..."
Erin letak senduk, berpusing dan terus berlari mendapatkan Sam yang berdiri menantikan pelukannya di pintu dapur. Erin melompat, memeluk suaminya dan melilitkan sebelah kakinya pada bahagian punggung Sam. Tubuhnya dipeluk erat oleh suaminya yang tersenyum bahagia. 
"Hai, sayang," bisik Sam dengan suara garau dan dalam. Mukanya muka steam. Faham sangat Erin apa maksudnya.
"Hai, abang... rindu sangat-sangat."
"Abang pun."
Sam melangkah membawa Erin yang masih dipeluk dan didukungnya ke bilik tidur mereka. Kucupan rindu berahi Erin tidak mematikan langkah Sam. Namun kadang-kadang terlanggar dinding juga mereka berdua.
Usai melepaskan rindu yang membara, Erin kembali ke dapur. Sam di bilik air, membersihkan diri. Erin masak mi goreng untuk mereka berdua. Sam pasti lapar. Siap, dia kembali menguli kuih keria untuk dijadikan gegelang montok. Tiba-tiba pinggangnya dipeluk dari belakang.
"Hmmm... kuih keria." Sam menyelak rambut Erin dan menyembamkan hidungnya pada leher Erin. 
"Teringat kat abang. Tak sangka abang balik hari ni. Jom makan, bang. Saya dah goreng mi."
"Kejap."
"Tak nak! Abang cukur janggut tu dulu. Sakit tau kulit saya masa abang gomol muka saya." Erin melarikan diri ke dalam bilik tidur. Mulut kata tak nak tapi yang kau lari masuk bilik tu kenapa? Nak ler tuuu...
Diamlah!
"Alahhh... sekejap je sakitnya. Lepas tu tak ingat apa dah." Sam mengejar. Tersenyum dia melihat tempat yang Erin pilih untuk menyelamatkan diri.

No comments:

Post a Comment