(Harga Novel Tidak Termasuk kos Penghantran kecuali dinyatakan) ♥ ♥ ♥

TETAMU :)

Assalamualaikum

Assalamualaikum

Search Tajuk Buku

Loading...

Novel Suamiku Encik Sotong



Suamiku Encik Sotong 

Harga: RM 25.90
POSTAGE:-


pos register RM5.00 [seluruh m'sia 3-8 hari ]
atau
RM6.00 SEM /RM10.00 SS [poslaju]



Sinopsis

ERICA SOFFEA melonjak kegembiraan. Mana tidaknya, dialah bakal peneraju Khaleeda Holding. Walaupun hubungannya dengan arwah nenda bu-kanlah baik sangat pun. Terasa macam hendak buat aksi akrobatik ketika namanya diumumkan. Naik senak kepala Erica bila dia terpaksa dijodohkan dengan sotong peliharaan nendanya, Farish. Dah lah tak macho, pakai baju warna pink. Kalau bercakap tangan bukan main lentik lagi macam orang nak main mak yong. Farish terpaksa menerima Erica kerana dua sebab. Pertama, sebab wasiat arwah Tengku Khaleeda. Kedua, kerana tidak tahan dengan perangai berlagak Erica. Lagipun bukan lama sangat dia perlu bergelar suami pada diva berlagak itu, tiga tahun sahaja. Dalam tempoh perkahwinan mereka jatuh cinta. Tapi... cinta itu bukan milik mereka berdua. Milik siapa ya?Peninglah, kalau dah dapat suami sotong. Bukan hanya lembut fizikaltapi lembut juga hatinya. Erica pula terpaksa terus bersama dengan Encik Sotongnya kerana cinta. Encik sotong bukan lelaki biasa, tetapi lelaki yang sanggup berkorban segala-galanya demi tidak mahu melihat Erica merana. Walaupun jiwa lelakinya menderita, tapi sampai bila?

“Amboi sedap aje mulut kau mengata kat aku. Aku pun tak ingin nak ambil perempuan macam kau ni jadi isteri aku tau. Mulut macam puaka.” - Farish

“Bukanlah Kak Ain, bukan Rica nak sembunyikan suami Rica. Tapi dia sibuk maklumlah nak jahit baju pertunangan Izhan dengan Qarina. Faham-faham ajelah golongan tengku-tengku ni bertunang pun kena buat yang grand. Baju tu kalau boleh bukan setakat labuci, lampu lip-lap tu pun kalau boleh suruh dipasang kat baju. Itu yang suami saya sakit kepala. Nak fikir macammana nak letak lampu lip-lap kat pergelangan tangan.” - Erica


http://mybizsantaishop.blogspot.com/search/label/ORDER%20FORM

Novel Bila Hati Berbicara


JUDUL : BILA HATI BERBICARA

EPISOD : 32 episod
TARIKH : 2014
SIARAN : Slot Akasia TV3


Novel Bila Hati Berbicara - Antasya Balqis

496 hlm

Harga: RM18.90 

POSTAGE:-

RM4.00 [ pos regiser - seluruh Malaysia 3-8 hari bekerja]
atau
POSLAJU RM6.00 Sem/ RM10.00 SS


Sinopsis:

EMIR Qasya adalah seorang lelaki muda bergelar jutawan. Kisah hidupnya selalu diintai wartawan kerana dia dikenali sebagai salah seorang selebriti yang paling popular di Malaysia.

Emir Qasya amat mementingkan darjat dan keturunan dalam memilih calon isteri supaya setaraf dengan kedudukannya. Dalam masa yang sama, Emir Qasya berjumpa dengan seorang perempuan bernama Tania Katsura di dalam keadaan yang tidak terduga di kawasan rumah setinggan yang diberi nama Lembah Jingga.

Emir Qasya merasakan Tania Katsura seorang perempuan yang istimewa tetapi dia selalu menafikan hatinya jatuh cinta dengan Tania Katsura kerana dia merasakan yang Tania Katsura tidak memenuhi ciri-ciri perempuan yang layak menjadi isterinya. Tetapi akhirnya dia sendiri memerangkap Tania Katsura dalam perkahwinan terpaksa kerana cabaran Badri Fathul sahabatnya.

Sesuatu telah terjadi dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam Taufik terhadap Tania Katsura. Tetapi kerana fitnah itu juga hubungan mereka yang retak kembali bertaut.



http://mybizsantaishop.blogspot.com/search/label/ORDER%20FORM

Mitos - Ramlee Awang Murshid

 



MITOS - EDISI KOLEKSI CETAKAN KEDUA
RAMLEE AWANG MURSHID

HARGA RM45.00 termasuk poslaju [seluruh Malaysia]

LIMITED EDITION & eksklusif & tiada dijual di Bookstore.Kompilasi terbitan setiap sabtu kini  dalam senaskhah buku

STOK KAMI HANYA ADA 4 NASKAH SAHAJA!!

Tiada tempahan ( No booking) - berdasarkan siapa buat bayaran awal

bankin/ trnsfer bayaran ke salah satu acc sy dibwh:
CIMB 12170003733207

MAYBANK 162115908821


Norshahidah abdul wahap
Lepas byran dibuat,emailkan detail : nama, alamat lengkap dan  no telefon. 


terima kasih :)

Novel The Unsung Hero - PRE ORDER



PRE -ORDER !! 
THE UNSUNG HERO - MELUR JELITA TERBARU

[ SINOPSIS MASIH BELUM ADA] [boleh bace cerpen TUH secara e-novel d page MJ]

★★★ MOHON BACA BETUL-BETUL SEBELUM CONFIRMKAN 
ORDER YE  ★★★

HARGA SM = RMRM38.00
HARGA SS = RM41.00
POSLAJU PERCUMA

Inshaa allah Admin akn usahakn tandatangan penulis bagi yg confirmkan ORDER DENGAN MEMBUAT PEMBAYARAN SEBELUM 1 SEPTEMBER 2014.

NOVEL AKAN MULA DI EDARKAN SELEPAS 1 SEPTEMBER 2014
[ selepas seisi tndatgn oleh MJ]

bankin/ trnsfer bayaran ke salah satu acc sy dibwh:
CIMB 12170003733207
MAYBANK 162115908821
Norshahidah abdul wahap

Lepas byran dibuat,emailkan detail nama, alamat lengkap & no telefon. 
 
terima kasih :)

Novel Rindu Awak 200%




Drama adaptasi novel Rindu Awak 200%, 

EPISOD : 28 Episod
SIARAN : Slot Akasia TV3
KARYA NOVELIS : Liyana Zahim
SKRIP : Nieza Nahar
PENGARAH : Aidilfitri Mohamed Yunos
TERBITAN : Creative Skill Solution
PELAKON : Zul Ariffin, Ayda Jebat, Mimi Ernida, Zuhairi, Jonathan Putra, Adeline Tsen, Karl Shafek Ibrahim, Afzan A.Rahman, Fazahmaddaud, Fathildani



=====================================================

NOVEL RINDU AWAK 200%


HARGA RM23.00


Postage: Poslaju : RM6.00 sem/ RM10.00 S/Srwk


Zill Faezrul Iqbal - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya. 



Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel. 

Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah, menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evoque! 

Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Jula Juli Bintang Tujuh?



http://mybizsantaishop.blogspot.com/search/label/ORDER%20FORM




Novel Hartini - Aziz Afkar



  
SOLD OUT!!!
TQVM CIK HARTINI HALIM
HARGA TAWARAN RM180.00 - TERMASUK POS LAJU


                                               
atau...sms 019-3658598
Kondisi : Masih elok. Cetakan Pertama CESB tahun 1994.

Novel yang menjadi kegilaan ramai pada zaman 60-an. BEST SELLER!!  BANYAK KALI DI ULANG CETAK. Sehingga kini masih ramai yang mencari. Antara NOVEL yang paling SUKAR  dijumpai lagi walaupun yg terpakai. Novel Hartini ni mempunyai 'KOMERSIAL VALUE' yang tinggi. Nilainya lebih tinggi dari harga yang diTAWARkan dan  dikategorikan sebagai RARE ITEM.



SIAPA CEPAT DIA DAPAT.    No booking ye !!



Kisah cinta yang cukup meruntun jiwa dan menyayat hati. [kisah cinta tak kesampaian].
Mengisahkan sebuah kehidupan seorang lelaki yang miskin tetapi cukup berbakat dalam menulis novel dan telah berkenalan dengan seorang perempuan yang budiman bernama Hartini dan menjalinkan persahabatan yang membawa perasaan kasih dan semangat dalam hidupnya daripada miskin yang hina dina hingga dia menjadi kaya dan terkenal. Dia juga menjadi pengarang yang cukup dikenali ramai sejak diberi semangat bercurah-curah dari Hartini. Mereka telah melalui pelbagai rintangan dan kesenangan bersama-sama.Tetapi apakan daya satu hari mereka terpisah jauh. Masing-masing mempunyai perasaan cinta antara satu sama lain tetapi masing-masing tidak pernah meluahkannya hingga sesama sendiri mengingatkan bahawa mereka berkasih tidak lebih dari saudara sendiri. Jadi sejak mereka jauh, ada seorang perempuan yang telah merampas kedudukan Hartini dari selalu mengambil perhatian dan sentiasa menggembirakan lelaki yang bernama Amli. Perempuan itu merupakan sahabatnya sendiri sewaktu dia tinggal di sebuah maktab guru. Hari demi hari Hartini berubah menjadi seorang yang pemenung dan selalu memikir tentang nasibnya sendiri. Namun Hartini terima dengan hati yang terbuka................
{belum habis lagi...}

Novel Bebunga Kasih - Hani Fazuha





BUKU BARU!

Dah jadi RARE novel nih [ buku best yg ramai dicari tapi sukar nak dapat ]



LIMITED!

HARGA RM35.00 termasuk poslaju!!! 


Sabah / Sarawak tambah RM3.00

SIAPA CEPAT DIA DAPAT! 


NO BOOKING YEA.



JAUH DARI CINTA


Drama adaptasi

JUDUL : JAUH DARI CINTA
EPISOD : 28
GENRE : Romantik-Drama
TARIKH : 16 Jun 2014 (Isnin-Khamis - 5.00 petang)



SIARAN : Astro Prima dan Maya HD
PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin
TERBITAN : Pena Creative Pictures
PENULIS NOVEL : Adah Hamidah
PELAKON : Hafizul Kamal, Anzalna Nasir, Aman Nassim, Shera Aiyob, Nas-T, Laila Nasir



NOVEL JAUH DARI CINTA
RM21.00 -sem
RM24.00 - S/SWAK
POSLAJU PERCUMA
636ms


NYSA SAKINAH. Cintanya pernah ditolak oleh abang angkatnya, Farish Aqil. Namun Farish Aqil kembali menagih kasih, lalu dengan rela dia menerima. Satu penemuan membuatkan dia kembali sedar, siapa dirinya. Lantas dia terikat dalam perkahwinan yang menjerat.
"Duduk berkurung dalam bilik ni kenapa? Makan tak... minum tak, nak sangat jatuh sakit ke? Nysa ingat kalau kurung diri macam ni dapat selesaikan masalah?"
"Masalah dah lama selesai kalau Abang Aqil tak datang masa majlis pernikahan kita dulu."
"Oh... jadi Nysa nak salahkan abanglah ni? Kalau abang tak boleh jatuh cinta dengan Nysa, kenapa Nysa nak salahkan abang pula? Kalau Nysa dah tahu yang abang tak pernah cintakan Nysa, buatlah sesuatu supaya abang boleh jatuh hati pada Nysa, jangan duduk berpeluk tubuh dalam bilik macam ni aje!"
Namun Nysa Sakinah, tidak terdaya dia melakukan semua itu. Lantas dia bertindak menjejaki wanita yang selama ini dicintai oleh suaminya. Kembali memulangkan bahagia buat suaminya.
FARISH AQIL. Hati lelakinya dicabar, lantas dia terpaksa memulakan semua sedangkan hanya Lily dihatinya. Takkan ada wanita lain.
"Tolong kekal jadi adik abang sampai bila-bila. Abang betul-betul selesa dengan keadaan macam ni."
"Abang Aqil boleh anggap yang permintaan Abang Aqil tu dah tertunai sepenuhnya sebab memang Nysa hanya akan kekal sebagai adik Abang Aqil sepanjang hayat Nysa. Semua dah cukup jelas."
Bagi Nysa Sakinah, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi! Maka, kerana dia seorang isteri, pengorbanan adalah hadiah teristimewa buat
seorang suami!



Sedutan Novel :

"Kenapa kau nak buat sampai macam tu sekali, Nysa? Apa yang kau dapat?" Miza seakan membantah semua yang aku lakukan.
"Aku cuma nak dia bahagia," perlahan aku menuturkan itu.
"Tak habis-habis dengan kebahagiaan dia. Habis tu, kebahagiaan kau, kau nak campak kat mana? Tak sudah-sudah kau risaukan dia. Kau pun berhak untuk bahagialah, Nysa. Kau kena ingat tu." Miza merenung aku tajam. Aku pula hanya mampu tunduk dan mendiamkan diri.
"Dengar cerita kau ni, tambah pula tengok keadaan kau macam ni, aku pula yang rasa marah. Kalaulah Aqil ada depan mata aku sekarang ni, tahulah apa yang aku nak buat. Dia ingat dia tu siapa? Suka-suka hati aje nak sakitkan hati orang lain." Miza bertambah marah. Tin minuman yang dipegangnya sejak tadi dihentakkan di atas meja. Mujur food court itu kian galak menerima kunjungan. Jadi keadaan hingar-bingar itu telah menutup bunyi tin air soya tadi.
"Sampai bila kau nak berlakon hilang ingatan ni?"
"Entahlah Miza, aku pun tak tahu."
"Semua yang kau buat ni, kerja gila kau tau tak, Nysa. Buatnya Aqil tahu, semua orang tahu, tak ke kau seorang aje yang kena tanggung akibatnya? Kau tak fikir dulu ke?" Miza masih lagi mempersoalkan tindakanku.
"Aku rasa ini yang terbaik." jawabku.
"Terbaik untuk dia dengan makwe dia tu aje. Untuk kau, ini bukan yang terbaik, tapi ini yang terperit! Ish… geram betullah aku!" barulah kali ini Miza mengalihkan pandangannya. Melilau matanya memerhati ruang-ruang yang ada dalam food court itu.
"Tak apalah, Miza. Untuk kali yang terakhir." pendek ayat yang aku keluarkan.
"Kau ingat dia nak hargai ke, semua yang kau buat ni? Kalau macam tulah perangainya, jangan mimpilah." Miza betul-betul marah.
"Please Miza… aku bercerita pada kau, bukan nak kau buruk-burukkan dia. Seteruk mana pun dia, dia tetap suami aku. Lagipun aku buat semua ni bukan untuk buat dia hargai aku." aku jelaskan, berharap Miza faham.
"Suami? Kelakar pula aku mendengarnya. Ish… dahlah. Aku nak ke toilet kejap. Berasap-asap dah telinga aku ni dengar cerita kau tu. Kalau aku jadi kaulah Nysa, dah lama dah aku tinggalkan lelaki yang tak tahu dek untung macam dia tu." Miza menggelengkan kepalanya beberapa kali sebelum bangun meninggalkan aku sendirian di situ.


http://mybizsantaishop.blogspot.com/search/label/ORDER%20FORM

KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN



Slot akasia: Kerana terpaksa Aku Relakan (Drama Novel)

Pelakon:
Amar Baharin- Tajul Razin
Izreen Azminda- Indah Halina
Shafiq Kyle

=========================

NOVEL KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN
RM27.00 - sem
RM30.00 -S/S
POSLAJU PERCUMA

Angkara fitnah dan rancangan jahat emak dan kakak tiri, kehidupan bahagia Indah Halina musnah dengan sekelip mata. Dengan tiba-tiba dia menjadi gadis yang paling malang, sebatang kara dan tidak punya apa-apa.

Dalam kemelut kepayahan, rupanya Tuhan masih menyayanginya apabila dia mendapat perhatian dari seorang wanita kaya dan terhormat, Dato’ Safiya. Tanpa sebarang alasan, Indah Halina mendapat tempat teristimewa dalam hati wanita itu, lalu diberi kasih sayang dan kemewahan bagaikan anak sendiri.

Di rumah banglo itu, bermulanya kisah cinta dongeng di antara Indah Halina gadis kampung yang tidak punya apa-apa dengan Tajul Razin, si dia yang punya segalanya. Perhubungan yang mulanya dingin bertukar menjadi sangat indah apabila dalam hati penuh dengan bunga-bunga segar berbau harum.

“Kalau layan abang mengantuk, tapi kalau fasal kucing laju aje cakap. Dengan kucing boleh kata rindu, dengan abang tak kata pun?”- Tajul Razin

Dilema cinta bermula apabila adik si jejaka, Tajul Fahin juga menagih cinta pada gadis yang sama. Kemunculan semula bekas tunang Indah Halina dan si gadis serba sempurna Ilyana makin merumitkan keadaan. Sikap ayah dan pakatan musuh juga membuatkan Indah Halina tersepit untuk membuat keputusan yang terpaksa…

“Errr… Abang Zen, kalau Indah jadi adik perempuan abang selama-lamanya boleh, kan?” – Indah Halina

“Kenapa sebut adik perempuan aje? Tak ada impian jadi isteri Abang Zen ke? Abang selalu berangan-angan suatu hari nanti Indah akan jadi suri hidup. Tak sama ke angan kita?” – Tajul Razin

Antara ciri orang munafik - MUNGKIR JANJI!!!!



Ingkar Janji

Sabda Rasulullah SAW:
"Tanda orang munafik ada tiga: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercaya (diberi amanat) dia berkhianat."

Novel terpilih- baharu - diskaun 40%




SERIUS BUYER ONLY !!!
 
Novel terpilih. Buku Baharu. Offer 40% tidak termasuk kos pos.
Siapa cepat dia dpt.. No booking.
 

HARGA: BEFORE / AFTER LESS :-
KABUS RINDU RM18.00 / RM10.80
KERANA AKU SAYANG KAU RM23.00/ RM13.80
SILA SUKA SAYA RM26.00 / RM15.60
CINTA KITA RM23.00/ RM13.80
SERIUS HATI RM24.00/ RM14.40
MISI CURI HATI DIA RM29.00 /17.40
PROJEK MEMIKAT SUAMI RM21.00/ RM12.60
PUZZLE CINTA AISARA RM24.00/ RM14.40
ANDAI CINTAMU AKU MILIKI RM24.00/ RM14.40
KLISE CI HATIKU RM22.00/ RM13.20


Berminat klik button dibawah / email : mybizsantaishop@gmail / sms -019-3658598

http://mybizsantaishop.blogspot.com/search/label/ORDER%20FORM

SIRI BERCAKAP DENGAN JIN - JILID 4



STOK READY !!!

HARGA:-
RM25.80
[tambah RM4.00 pos register]
Penulis : Tamar Jalis

[sambungan dari  JILID 1,2 dan3]

49. Rahsia Sebuah Kolam

50. Manusia Harimau

51. Rahsia Seorang Sahabat

52. Sebilah Keris Aneh

53. Ghaib Dalam bas

54. Penunggu Rotan Semambu

55. Mamat Bukit Yang Gagah

56. Bomoh Terjun

57. Sumpah Selendang Merah

58. Ilmu Papan Sekeping

59. Kelawar Puntianak

60. Lumpuh Di kaki
 


http://mybizsantaishop.blogspot.com/search/label/ORDER%20FORM

CUKUP DERITA ITU - stok ready




Tajuk : Cukup Derita Itu
Nama Penulis : Siti Rosmizah
Harga : RM38.90 [untuk seluruh Malaysia]
+ RM7.00 pos register

Confirmkn segera. Macam goreng pisang panas!!

SINOPSIS
Ellani dan Ellana, kembar seiras yg tinggal bersama mak ngahnya selepas kematian ibubapa mereka. Mak Ngah Gayah membezakan kasih sayangnya. Ellana dilayan bagaikan puteri. Sedangkan Ellani diperlakukan tidak ubah seperti hamba abdi.
"Kenapalah kau tak mati ikut mak kau! Kau ni memang menyusahkan aku! Dahlah hidup merempat! Buat tak sedar diri pulak! Kalau kau berani lagi melawan aku. Aku sagat2 muka kau dengan berus dawai! Biar jadi hodoh! Dasar budak tak guna!" hamun Mak Ngah Gayah.
Sedih. Menangis. Tak setitis pun air mata Ellani keluar. Untuk apa? Itulah rutin hidupnya. Maki hamun, pukul dah sebati dalam dirinya. Nak menangis? Berbaloi ke? Dapat raih simpati mak ngah? Jangan harap!
Zarul Zahran lelaki tampan yg berkerjaya sebagai seoang pensyarah. Cinta pandang pertama pada Ellana membawa mereka hampir ke gerbang perkahwinan. Takdir menentukan segalanya. Zarul ditimpa kemalangan Ellana bolehkan mati dalam hatinya.
Dalam Ellani melalui kemelut hidupnya, Kasih lelaki ini bolehkan beralih padanya. Adoi! Serasa nak gugur jantung Ellani dibuatnya. Cinta? Kasih? Apa semuanya ni? Ellani sukar untuk menerimanya. Lelaki yg hampir menjadi abang iparnya bolehkan jatuh hati dengannya. Pelik!
Namun, demi kebahagiaan seorang yg telah dianggap seperti ibu, Ellani akur dengan ketentuan jodohnya. Zarul Zafran akhirnya menjadi suaminya. Berbagai onak dan duri dilalui.
Dendam yg berlingkar dalam hati mak ngah dan Ellana menambahkan derita dalam hidup Ellani.Kasih Zarul kembali beralih pada cinta pertamanya. Pengorbanan Ellani tidak dihargai. Ellani di seksa. Jiwanya merana.
"Ellani Binti Rashdan, aku Zarul Zafran Bin Dato' Azli ceraikan kau dengan talak satu! Kau keluar dari rumah aku. Hak penjagaan anak-anak aku serahkan sepenuhnya pada kau!
Hebat lelaki ini! Hanya melalu SMS dia menjatuhkan talak pada Ellani. Menggigil Ellani membacanya.
"Allahuakbar! Mak kenapa dia buat Lani macam ni mak! Kenapa dia hina Lani sampai macam ni sekali? Apa dosa Lani? Ya Allah! Kuatkan aku Ya Allah!. Kuatkan imanku menghadapi dugaan Mu ini! Raungnya.
Ellani..cukup derita itu! Cukup derita itu! Dia bagaikan terdengar-dengar suara arwah emaknya dan itulah juga kata-kata yg dijerit dalam hatinya.


dan sertai PERADUAN CABUTAN  BERTUAH !!
Email : mybizsantaishop@gmail.com utk maklumat lanjut atau jom  facebook kami

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=854596694557165&set=a.854596647890503.1073741878.100000205272340&type=3&theater

Selamat Tinggal Sayang



HARGA RM20.00 
SOLD OUT !!

TERMASUK POSTAGE

Aku ingin menjadi 'puteri'... kalau tidak puteri kayangan pun... cukuplah sekadar Puteri Nur Deana yang mampu membarisi sekalian puteri-puteri yang ada. Namun itu semua hanyalah impian, dongeng zaman kanak-kanak yang entah bila mampu Puteri kecapi. Lalu kerana 'Puteri', dia senang menjadi 'Dee', bebas daripada sebarang kekeliruan dan sangkaan. Namun 'Dee' tidak bebas tatkala terlanjur, terperangkap oleh masa dan akad. Perkahwinan ini satu tanggungjawab yang tidak terjawab. Bertahun Dee menjadi pelarian, siapa sangka bertemu suami dalam satu periuk rezeki. Namun mampukah Dee terus bersembunyi... dan sampai bila Puteri harus digantung tak bertali...


Kau Yang Bernama Seri


HARGA RM20.00
SOLD OUT!!
TERMASUK POS REGISTER

Princess



SOLD OUT!!
TQVM EN. ABDUL SHAIK


RM60.00
TERMASUK POSLAJU

CETAKAN PERTAMA - 2001 


Mohd Izat Effy jejaka tampan dan kaya yg sering menjadi rebutan. Kekayaan dan ketampanannya menjadikan dia ego. Keegoannya luntur apabila dia dipertemukan dengan gadis yg degil, lincah dan periang. Pertemuan atas dasar kebencian itu akhirnya membenihkan rasa cinta. Apatah lagi keluarga kedua belah pihak amat merestui hubungan suci itu. Di saat Izat ingin melamar princess hatinya, Nazira menarik diri. Izat kecewa dan menderita dgn tindakan itu. Tertunaikah impian Izat untuk mereka..





http://mybizsantaishop.blogspot.com/search/label/ORDER%20FORM

Novel Cinta Permata


RM20.00 
SOLD OUT !!
TERMASUK pos register


Dia lelaki tampan yang mempunyai segala-galanya. Namun dia juga insan biasa yang punya kekurangan. Dia tidak sesekali percaya pada cinta. Bagi dia cinta suci hanya sekadar omongan yang tidak pernah menjadi kenyataan. Baginya, mana ada perempuan yang setia, mana ada perempuan yang suci cintanya. Selagi kesan luka masih terasa, masih kukuh menampar ingatan, dia lebih senang sendirian. Tidak disakiti dan menyakiti.


Secantik mana gadis yang hadir, rasa cinta tetap asing dalam hatinya. Tapi sampai bila dia mampu mengasingkan cinta dengan dirinya. Lantas, ketika hadir seorang gadis yang penuh pengertian dan kejujuran, tercuit jua tangkai hati dan perasaan. Apakah akan dibiarkan igauan lampau menguasai diri hingga rasa cinta yang mula bertunas tidak sempat dinikmati... atau memberi ruang pada cinta yang pertama kali mengetuk hati?



Dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta pertama... terseksa dalam keindahan?






http://mybizsantaishop.blogspot.com/search/label/ORDER%20FORM